Apa yang ada di UMK Jeli? Q&A #umkjeli

Tahniah kepada mereka yang dapat tawaran ke universiti especially ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli!!! ๐Ÿ˜‡๐Ÿ’ž




Okey berbalik kepada tajuk, mesti ramai dan ada yang tidak pernah menjejakkan kaki di Kelantan. Meh kami share kat korang apa yang ada kat UMK Kampus Jeli.

Persoalan-persoalan yang biasa bermain di minda.

Q: Jeli ni maca mana eahh? Pekan ke bandar? Bukan ke jeli ni hutan je, tak ada papepun yang menarik? Cantik tak? Senang dapat makanan tak, means kedai makan banyak tak?

A: Sebenarnya Jeli ni pekan je (kat mana open google maps dik), and mostly hutan. Memang tiada interesting entertainment place macam shopping mall and so on and maybe difficult untuk cari barang-barang laa memandangkan takde shopping mall. Tapi, no worries, sebab Jeli memang satu kawasan yang aman dan damai and sangat cantik. Really help you untuk release stress belajar and frust dalam percintaan ke apa. Interesting fact!! Depan UMK Jeli ada lata keding and ada resort. Boleh mandi-mandi and picnic. Boleh spread awareness on betapa pentingnya jaga bumi kita ni and help you adapt with nature. Kalau nak ke shopping mall kene naik Kota Bharu laa about 2 hours laa from Jeli tapi ada je Pasaraya Pantai Timur Bukit Bunga dalam 13km je from kampus. Dan untuk makanan pula, banyak je gerai makan kat sekitar kawasan UMK Jeli ni. Semuanya sedap dan harga pun murah gilerr and ada KFC, 7-eleven, kedai runcit, just rajinkan diri je. Petang sabtu ada mini pasar malam dekat depan UMK Jeli tu, boleh la nak pergi kalau dah bosan dengan makanan cafe.

Q: Boleh bawak kenderaan ke kat UMK ni?

A: Boleh bawak kenderaan tapi kene daftar dekat pusat keselamatan dahulu untuk dapatkan sticker. Motosikal sahaja untuk tahun satu tetapi untuk kereta, tahun 2 dan ke atas sahaja yang boleh. Untuk pengetahuan korang la, dalam kampus tak perlu sangat pun kenderaan sebab tempat penginapan dengan fakulti hanyalah jalan kaki, biasa ramai yang akan bawa dan beli basikal depan UMK tu je. Kampus Jeli ni culture dia ala Jepun kit hehe ramai yang bawa basikal, jalan kaki dengan payung + botol air. 

Q: Kalau kene saman dalam UMK macam mana nak buat?

A: Kalau kene saman dekat pengawal atau polis bantuan UMK, bawak slip saman tu ke unit keselamatan dan jumpa pegawai di sana. Pegawai UMK sangatlah baik dan mesra. Kebiasaannya akan dapat diskaun. Pengawal akan bagi amaran dulu sebelum bagi saman, bukan terus saman ye. Sebaikknya elakkan daripada disaman, simple follow the rules especially pakai kad matrik. Tu je, paling simple.

Q: Program apa yang best yang uni anjurkan?

A: Macam-macam aktiviti menarik yang sering dianjurkan oleh UMK. Aktiviti yang berasaskan kesukarelawanan, sukan dan kebudayaan, inovasi dan banyak lagi. Setiap aktiviti dianjurkan adalah percuma dan sijil dan makanan disediakan. Korang je kena beranikan dan rajinkan diri involve dalan aktivit yang dianjurkan. First step, join kelab dan perstuan dulu and active, buat connection dengan seniors. Have fun!

Btw hanya di Kampus Jeli, kita ada sukam! Sukan Kampus, nak tahu lebih lanjut tekan ig ni https://www.instagram.com/sukamumk2020/ - link ni berubah daripada tahun ke tahun so just type sukam on instagram ๐Ÿ’ซ

Q: Ramai tak orang handsome yang cantik kat dalam uni? Boleh ke cari jodoh seperti mana yang digembar-gemburkan oleh cikgu semasa sekolah dulu.?

A: Handsome, cantik, helok tu subjektif... Kalau ada jodoh tu ada laa ye..hehe, betulkan niat nak masuk uni tu, niat nak belajar!! Fokus belajar dulu, kalau ada rezeki, tercangkuk, kalau takde jangan terciduk! Boleh usaha tapi study jangan sampai terabai. P/s admin pun single lagi.

Q: Penempatan students pulak macam mana? Kene cari rumah sewa sendiri ke?

A: Syukur!! Best new for you olls oii... Students UMK Jeli boleh stay kat asrama/blok/IBS/rumah pinggiran. Penginapan disediakan oleh UMK yaaa, tahun 1 sampai laa tahun 4 uolls boleh menumpang UMK. Sewa rumah (yuran asrama) already include dalam yuran ye heheh, and paling penting dekat je penginapan dengan fakulti. Untuk blok, satu bilik dua orang. Luas dan selesa. IBS pula macam rumah, itu hanya untuk lelaki. Taman pinggiran pun ada. Korang jangan risau. Just bawa bantal cadar, datang daftar hehe duduk je dengan selesa, yang penting wifi UMK Jeli lajuuuuu. Nak basuh baju pun senang, mesin basuh disediakan, and dobi ada banyak sekitar UMK, ada dua dobi just jalan kaki je sampai. Air kat sini laju dan sejuk! Yang penting sangat bersih!!!!

Q: Line telco apa yang ok kat Jeli?

A: Semua ok! Umobile pun laju :3 hehe and wifi umk pun laju!

Q: Apa kemudahan yang disediakan oleh UMK? Ada gym dan kolam renang ke tak? Cafe macam mana? Library camne? Jauh ke tak kelas?

A: Kalau in term of kemudahan, keselesaan dan keharmonian hidup memang perghh, padu gila! Dengan suasana dan cuaca kat Jeli tu sendiri pun dah best. Kabus di pagi hari. Kol 10,11 pagi pun still sejuk dik oiii!! Memang aman laa hidup kat UMK ni. Selesa, sejuk,suam-suam je. Feel feel dok kat luar negara laa. Kalau bosan and nak isi masa lapang, kemudahan dari segi sukan pun padu, macam-macam court pun hado and memang mmeeriiah! Ada outdoor gym tapi takde laa gym and kolam renang, boleh main malam-malam like basketball, bola tampar, futsal and badminton. Kolam mancing ado dik! Bagi yang minat kebudayaan, ada aktiviti kebudayaan yang dianjurkan. Ada kelas and persembahan. Tak bosan laa orang kata. Cafe dekat and makanan pun sedap and murah. Library pulak fancy habis. Tapi jauh sedikit laa dari kolej kediaman. Sikit je. 8 minit jalan kaki.Yang paling penting solat Jumaat kat Masjid UMK Jeli je, dalam kampus wahai lelaki sekalian. Jangan ada yang ponteng jumaat sudah. 

ATM ada dua kat kampus Jeli, satu dalam kampus, satu lagi kat pintu masuk utama. Water cooler pun banyak, bawak botol air je.

Satu lagi, dalam kampus kita ada pusat kesihatan universiti (PKU) tapi untuk klinik gigi, kampus kita takde. So klinik gigi yang paling dekat ialah Hospital Jeli.

Q: Ada homestay or hotel terdekat tak untuk sesi pendaftaran nanti anda ada bus station tak dekat UMK. Kalau for Borneo students lak camna nanti pendaftran?

A: Ni satu lagi best part nak cakap tentang UMK ni, homestay and budget hotel banyak je, merata keliling UMK. Selesa dan murah! Boleh tengok video ni https://web.facebook.com/watch/?v=885992634866209  . Atau korang boleh stalk/search group facebook "Homestay Jeli" untuk lebih lanjut, cari je dekat internet. 

For the bus station ada kat Bandar Jeli dan Tanah Merah. Jauh sikit laa dari UMK. Sikit saje, 10 minutes ajaa estimation. Bus stop ada laa betul betul depan UMK, ada sesetengah bas ada pickup and drop penumpang depan UMK sebab depan UMK tu pun ada tempat jual tiket. For borneo (Sabah & Sarawak) students pulak, boleh contact pihak bertanggungjawab UMK atau tanya MPP UMK  atau ask your seniors. Biasanya geng borneo ada group dorang sendiri. 

Q: Pakaian ke kuiah macam mana ye?

A: Pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata. For lelaki biasanya semi casual and berkasut or selipar bertutup. Jangan pakai selipar jepun yang kau nak pi tandas dik! And for perempuan pun lebih kurang sama laa. Kalau kat matrik dulu banyak baju kurung, nak pakai baju kurung setiap hari pun takde masalah. 

Q: Pejabat pos?

A: Tak disangkal lagi, pejabat pos adalah penting kan. Pejabat pos tak jauh pun dari UMK kalau nak pos barang. Kalau nak ambil barang boleh ambil kat pejabat kolej kediaman. Especially yang nak pos barang tertinggal atau nak beli barang online kan huhu. 

Alamat untuk pos barang ke UMK

Nama, No matrik, Universiti Malaysia Kelantan, Beg Berkunci no.100, Jeli, 17600, Kelantan.

Q: Boleh ke nak carry sampai habis? Mampu ke? And boleh kerja tak lepas grad nanti?

A: Mampu ke tak tu atas diri sendiri tapi support system UMK memang tiptop. Serious talk, penasihat akademik macam parents sendiri, selalu tanya khabar and sangat supportive. Lecturer baik gila dan ramai yang cantik dan handsome. Walaupun diorang tegas sikit tapi dorang sangat baik, kalau tak faham pergi terus tanya dorang. Most of lecturer ni muda tapi ilmu dorang power habis dan tinggi. Ada sesetengah lecturer suka bila students ke bilik diorang and tanya "Kenapa saya salah, apa yang boleh saya perbetulkan untuk soalan ini, dr?" (CONTOH) then they help with your marks. Mereka bersemangat sangat and positive vibes dia tu sampai. Peratus Graduate Employability (GE) UMK pun tinggi so tak perlu rungsing aa untuk kerja lepas grad. Most of our alumni dapat kerja especially our campus! Permintaan sangat tinggi dalam industri.

p/s - cari groupmate yang baik dan bukan freerider. Sama - sama menuntut ilmu. Jangan amalkan copypaste assignment sebab lecturer check turnitin. Jujur dengan diri! Also yang paling penting jaga manners kita dengan lecturers. ๐Ÿ˜‰

Q: Ada isu or masalah sosial ke kat UMK ni?

A: Syukur sangat sebab kat kat UMK tiada lagi masalah sosial. People here live in happy and harmony. 

Q: Tempat menarik sekitar Jeli?

A: Buka google maps sekarang and search Kashmir Jeli, macam kat oversea uwu.

Banyak yang menarik jap nak list

  1. Lalang Chalet

  2. Gunung Reng

  3. Lata Turbo

  4. Lata Janggut

  5. Bukit Bunga

Makanan sedap di Jeli
  1. Top tomyam (depan UMK)

  2. Triputera (Bukit Bunga)
  3. Burger Pokwa
  4. Kedai Makan Salor
  5. Nasi Bajet Lakota
  6. Restoran Selera Kulim
  7. Kedai Nasi Kerabu Kak Pah (MOST RECOMMENDED!)
  8. Goreng Pisang Viral Wakaf Zin
  9. Nasi Kerabu Pattani Wakaf Zin
  10. Aneka Keropok Gemang
  11. Roti Titab dan Mee Udang (Depan UMK)
  12. Roti canai (Depan UMK tepi TOP Tomyam)
  13. KFC (can ahh???)
  14. Al Fath Cafe
  15. Pizza Jangok Mek Ani
  16. Coolblogs Petronas Jeli
  17. Kak Na Nasi Budget
  18. Cafe UMK Jeli (MURAH DAN SEDAP HEHE)

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat di atas mengenai Kampus Jeli.

    ReplyDelete
  2. Saya nk ty kediaman Pelajar mcm mn?
    Saya call pejabat tak angkat2..
    Rumah sewa student kena cari sendiri, bas tak disediakan.
    Kebajikan Pelajar yg masuk sem 3 ke atas terabai. Bukan semua student mampu berkenderaan sendiri.

    ReplyDelete
  3. Sy nk bertanyalah tentang pelajar sem 3 di UMK...mmg pelajar sem 3 nie kena cari rumah sewa ke?cmne pula klu pelajar yg tiada kenderaan sendiri nak pergi kuliah?sy harap pihak pengurusan dpt menitik beratkan kebajikan pelajar2..sebaiknya pihak yg bertanggungjawab membantu mencarikan rumah sewa untuk pelajar..

    ReplyDelete
  4. Bas dari jeli -kuantan ada ke

    ReplyDelete
  5. Badan beruniform yg ada di kampus jeli?

    ReplyDelete
  6. Blh tau tak kat UMK blh tak buat dna kucing , berapa kos dna ?

    ReplyDelete
  7. Respect and I have a neat give: What To Expect When Renovating A House exterior home remodel

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts